Assalamualaikum.
Ada ke yang jenguk blog nie? Tak sangka dah setahun lebih. Sebab last update adalah pada 18 September 2012.
Lets recap few things:
1. Dalam entry sblm ini ada cerita ttg my anak saudara request nak makan Nasi Goreng Pattaya sebab tak lama lepas tu nak exam PMR. Okeh, Alhamdulillah, anak saudara I dah Tingkatan 5 tahun ini. Alhamdulillah he did well in PMR and scored all As. N now, he is studying far from home. Nun di KT yang mana perjalanan dengan bas dari rumah ke sekolah memakan masa 9 jam lamanya. Dan sebab sekolah jauh, cuti panjang sahajalah baru dapat berjumpa dia. Tahun ni nak SPM. Harapnya pencapaiannya juga cemerlang.
2. Dalam entry lama tu juga, I ada cerita tentang sayur MakTam yang I kata murah sangat kan? Baru - baru ni I balik kampung dan sempatlah I ke pasaraya dan sekali I tengok rege MakTam tu sangatlah mahal. Harganya RM 6.50 sekilo. Huhuhu, baru setahun je kot dah naik harga ginih!
3. I masih lagi suka baking cuma dah lama jugak tak bake orange cake. I rasa yang I tunjuk dalam entry sblm ni adalah kali terakhir I buat. Sekarang I suka bake Red velvet, kek coklat, kek carrot dll.
Okeh. Stop nak rewind things. I nak share I resepi ni. My carrot cake.
Sila la menyalin.
Bahan - bahan:
3 batang carrot yang muda, saiz tidak terlalu besar. Parut dan toskan airnya. kalau banyak sangat, kurangkan.
150 gram gula pasir
150 gram gula perang
440 gram tepung gandum
100ml minyak masak
Setengah cawan buttermilk
100ml air sunquick/ jus oren
1 sk soda bikarbonat
2 sk serbuk penaik
s sk serbuk kayu manis.
coklat chip - sukatan ikut suka
kismis - sukatan ikut suka
Cara - caranya:
1. Campurkan tepung, gula, gula perang, soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk kayu manis. Kacau hingga sekata.
2. Satukan minyak, buttermilk dan air sunquick.
3. Dalam bekas lain, karrot, kismis dan coklat chip disatukan dengan sedikit tepung. Kacau hingga rata.
4. Masukkan adunan tepung dan adunan minyak dalam bekas carrot secara berselang seli.
5. Masukkan dalam loyang yang dah disapu dengan butter atau minyak. Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam.
Adunan ni akan menghasilkan dua loyang kek. Ranggup di bahagian luar, dan moist dibahagian dalam. Kalau tak mahu letak cream cheese topping pon tak apa. Sedap dimakan begitu sahaja. Resepi ini memang tak menggunakan telur kerana ada seorang anak buah saya, berpantang makan telur. Okeh? Selamat mencuba...
Nak tengok gambar keknya?
beginilah rupanya |
Yang ni I dah letak dalam bekas dan letak cream cheese topping |
Kalau nak letak bekas seperti diatas potong kek kepada 4 bahagian. Letakkan cream cheese topping diatasnya. Marvelous rasanya!
Selamat mencuba kawan - kawan.