Thursday, February 16, 2012

Mengidam nak makan...

Assalamualaikum pembaca - pembaca. Moga hanya yang baik - baik sahaja akan berlaku dalam hidup kita semua.

Tiap kali rasa sibuk tak kiralah di pejabat atau sedang menyiapkan tugasan belajar, lebih - lebih lagi jika due date nya hampir tiba, Cik Laura selalu mengidam nak makan macam - macam.

Begitulah keadaannya sekarang. Walaupun Cik Laura tahu assignment tak buat lagi, walaupun cik Laura sedar esok ada kuliah dan cik Laura belum baca lagi case study yang diberi, Walaupun Cik Laura sedar petang nanti ada training OBE tapi Cik Laura tak buat persediaan lagi tetapi Cik Laura mengidam nak makan macam - macam pula.

Kenapa ye Cik Laura tak buat persediaan itu? Kenapa ye Cik Laura nak menunggu minit - minit terakhir? Entah!

Kali ini, waktu ini Cik Laura mengidam nak makan:

1. Roti kaya
Cik Laura teringin nak makan homemade roti kaya. Dah lama sangat tak makan. Kali terakhir rasanya makan di Planet Curry. macam ni:



2: Karipap Sayur sira pedas
Mungkin ada orang yang tak pernah makan. Rupanya sama sahaja dengan popia atau donut bersira pedas tetapi bentuknya adalah karipap. Isinya pula adalah isi sayur. Susah nak dapat. Kat Kuantan ni lagilah. Kalau di Kuala Lipis atau Raub mungkin tiada masalah untuk mendapatkannya. Alahai...

3. Apam pisang
Huhu, hari itu berjaya membuat apam pisang tetapi rasa tak puas. Rasa macam nak makan je lagi.. Huhuhu.

4. Ikan talapia kukus cara kakak.
Ikan talapia dibersihkan, dicuci dengan tepung, di toskan, di letakkan dlm loyang pengukus, disapukan dengan garam dan boleh juga disapukan dengan sos tiram sedikit. Lalu kukuskan.

Dalam bekas yang lain, selabu bawang putih kecil (muda) di rebus. Siap direbus, di bukakan dan ditanggalkan kulitnya satu - satu.

Dalam kuali pula, masukkan air, letakkan hirisan bawang besar, hirisan serai, hirisan batang celery, hirisan halia muda, masukkan kiub ikan bilis. biarkan hingga menggelegak. Kemudian masukkan asam boi, masukkan limau tanggarin kecil yang dibelah dua, masukkan bawang putih yang telah ditanggalkan kulitnya, kacau rata. bila sudah sebati, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung atau tepung gandum (untuk memekatkan). Kemudian masukkan hirisan cili padi, sedikit serbuk pati ayam.

Ikan yang sudah siap dikukus, dimasukkan dalam kuali. Jangan gaul berlebihan kerana daging ikan adalah lembut. Kemudian, tutup api dan bolehlah dicedok dalam bekas.

Hari tu balik Raub kakak ada buat. Sedap sangat. Kat Kuantan ni, kat mana nak cari Ikan Talapia yang segar2. Kalau di kampung memang selalu ada. Saya rasa, saya mampu memasaknya sendiri.

5. Masak lemak Ikan kembung @ selayang @ pelaling dengan belimbing buluh.
Tak kisahlah ikan apa. Talapia pun sedap juga. Gaya memasaknya sama sahaja dengan gulai lemak biasa tetapi gantikan asamnya dengan belimbing rebus yang tua. Dibelah boleh, taknak belah pun boleh. Kiranya, gulai lemak itu nanti ada rasa masak - masak. Sedap weh!! Tetapi rumah dikampung di Sungai Retang, dah lama tak ada pokoknya. Biasanya kami akan mintak atau beli dengan jiran. Sekali menggulai, diperlukan dalam lima - lapan biji buah belimbing buluh. Heaven kan?



Okay, Cik Laura nak stop kejap. Terasa bos memandang daku...

Baiklah kita tutup tentang mengidam makanan, kita stop dan mari buat CRR dan PRR mengikut kaedah OBE.. Chaiyok2 Cik Laura!

Monday, February 6, 2012

Updates

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua. Semoga kita semua dalam lindungan kasih sayang Allah.

Huhuhu... rasanya agak lama tak update blog ini kan? Hanya update blog lagi satu je. Anyway, sekarang ni memang malas tahap gaban nak memasak. Tapi mungkin lepas ni kena masak jugak sebab banyak sangat pantang larang selepas beberapa sessi berjumpa doktor baru - baru ni.

Mood masak kuih/ kek juga merundum jer. Apapun saya sempat masak apam pisang yang ternyata sungguh gebu baru - baru ini. Resepi nya adalah:

2 cawan tepung gandum di ayak bersama 1 sudu teh baking powder
12 - 14 biji pisang emas (saiz kecil2) atau 8 - 10 biji pisang berangan sederhana besar dilenyek dan dikacau bersama 1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur saiz A dikacau sedikit dengan 1 sudu esen vanilla
3/4 cawan gula (dikurangkan okay)
3/4 cawan minyak canola (baru - baru ni saya guna 1/4 minyak jagung + 2/4 minyak olive dek kerana stok tiada)
sedikit esen pisang


Cara buat:
1. Pukul telur, minyak n gula hingga pekat dan berkrim (ku guna tangan katang shj disebabkan tak jumpa plak electric whisker. tp seyes kena bersungguh dan lama sikit)
2. Masukkan tepung berselang seli dengan pisang dalam adunan telur. Kacau rata.
3. Masukkan esen pisang
4. Sapu loyang dengan butter (ku guna cooking grease)
5. Kukuskan selama 50 minit.

Gambar nt ku upload ye...


Main masak - masak ni seronok. Sekarang nak kumpul peralatan yang sesuai mcm kat bawah ni. Kira ni antara wishlists ku la:

1. Dry measuring cup

Yang ni Saya ada dua jenis. Satu ditinggalkan di rumah di kampung dan satu lagi ada di rumah sini. Saya mengidam yang stainless macam ni:


Yang dirumah macam ni:


Dan dah ada measuring spoon like this kat rumah:


Kenapa hendak measuring cup yang stainless?
- tengok kat tv rancangan masak - masak omputih selalu guna. Macam best je dengan tangkai yang panjang itu..

2. Kitchen scale
Nak yang digital sebab kat rumah tu yang style lama. Rasa nak juling mata mengukur sukatan.. Lawa kan macam ni:



3. Stand Mixer (Kitchen Aid)
Kat rumah di kampung dan di bandar ni ada hand mixer yang dah lama berjasa. Teringinnyer nak stand mixer begini:

Cantikkan dengan warna merah terang ini...


4. Ice cream scooper
Yang ni pun dah lama mencari. Nak yang kecil dan bulat seperti gambar di bawah. Tujuan utama adalah ketika penghasilan choc chip cookies..


Aduhai inilah peralatan memasak yang kuinginkan.. Selain angin mengidam Samsung Galaxy Note..