Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh...

Salam maulidur rasul kepada semua.. Marilah memperbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW.


source: Hanis Zalikha blog

Sempena cuti maulidur rasul hari ini, cik laura dan kawan-kawan ambil masa untuk berehat dan main masak2 sama2. Tadi, kami masak sambal udang. Marvelous! Thanks to Farah wahida.

Then main masak2 kuih. Asalnya nak buat kek gula hangus tapi sebab adunan perlu diperap lebih 3 jam, jadi akhirnya kami bersetuju untuk masak kek coklat kukus sahaja. Tada..........



Resepi asalnya dari anak saudara Farah Wahida si Cekgu Paih dan adiknya. Ye! Resepi asalnya milik seorang lelaki. ngeh ngeh ngeh. Thanks a million to Paih yg sekarang berada di Sarawak. But again, as usual, Laura dah alter sikit resepinye.

Here is the recipe:

1.5 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (td sbb koko x cukup, laura tambah serbuk milo. sukatannya 1/2 cawan milo + 1/2 cawan serbuk koko)
1 cawan gula pasir (laura guna 1/4 cawan gula pasir + 3/4 cawan gula perang)
1 cawan susu pekat
1 cawan air suam (laura guna air panas)
1 cawan minyak kelapa (boleh juga letak butter cair)
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buat:
1) Ayak tepung gandum + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat
2) Dalam bekas lain, masukkan gula, susu, air suam, minyak kelapa. Gaul sekata.
3) Dalam bekas yang lagi satu, kacau telur dan esen vanila dan masukkan ke dalam bekas bancuhan gula td.
4) kemudian, masukkan pula campuran tepung ke dalam bekas bancuhan gula td juga.
5) Masukkan dalam loyang dan kukus selama sejam.

No comments:

Post a Comment