Monday, December 27, 2010

Time bosan-bosan nk nulis cite basi

Salam. sila layan sahaja yer.............

Hujung tahun yang sunyi sepi. Hujung tahun yang boleh dikatakn tidak produktif. Ditambah pula dengan musim tengkujuh yang menyerang. Semuanya menjadi lemah segala bagai. Lemah nak datang kerja pun iya juga. Aduyai...

Beginilah keadaannya setiap kali hujung tahun. Bezanya tahun-tahun sebelum ini aku yang bercuti namun tahun ini aku pula yang terpaksa menyambung tugas dek kerana cuti yang disediakan pihak syarikat sudah selesai dihabiskan awal bulan yang lalu.

Sudahnya aku datang juga dalam terpaksa. Nasib baik juga di pejabat kecil kami ini adalah juga insan-insan yang senasib dengan aku. Dan rata-ratanya kami punya persamaan. Persamaan yang utama, cuti sudah tiada. Persamaan yang kedua yang menyebabkan wujudnya persamaan yang pertama tadi adalah disebabkan kami semua sedang melanjutkan pelajaran secara separuh masa menyebabkan perlu mengambil cuti pada hari Jumaat atau Isnin dek kuliah berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad dilokasi yang jauh dari sini.

Berkata tentang cuti yang telah tiada ini, doanya tahun hadapan jumlah cuti yang diperuntukan ditambah. Iya: Mohon ditambah!

Tuesday, July 6, 2010