Monday, February 28, 2011

Ni entry di kala mengantuk

Assalamualaikum...

Ini kisah biasa-biasa sahaja... Hari Jumaat lepas, saya berjaya bangun agak awal dan berjaya membuat cekodok labu kegemaran saya. Labu tu kat umah dah lama. Ada rasanya dalam 2 minggu.

Alkisah dijadikan cerita, disebabkan hasil masakan itu agak banyak, saya pun bahagi dua dengan housemate untuk bawa ke ofis. Dan nak dijadikan cerita, balik kerja je, ofismate called. Bertanyakan akan resepi cekodok labu saya itu. Beri resepi itu tak jadi masalah tapi yang menjadikan masalah adalah, dia bertanyakan akan sukatannya sekali. Itu soalan yang sukar nak dijawab sebab saya main ikut suka hati je letak ramuannya.

Petang Isnin juga, housemate yang balik dari kerja turut menyampaikan perkara yang sama sebab ofismate dia pun nak kan resepi lengkap dengan sukatan. Ermmmm macam mana yer...

Jadi, ni saya sertakan... tapi seyes, sy x pasti juga:

Bahan-Bahan
1) Sebiji labu lebih kurang 600-800 gram
2) Sesudu kecil garam
3) 4-5 sudu besar gula (boleh juga letak gula perang)
4) Tepung gandum lebih kurang 1.5 cawan. Yang ini boleh ditambah jika adunan lembik.

Cara Buat
1) Rebus labu bersama garam sehingga lembut. Toskan dan dilenyek.
2) Masukkan gula.
3) Masukkan tepung
4) Boleh la digoreng

Huhuhuhuhu.....
Maaf ye... sebab sy main agak2 je nie... tak pelah nt sy cuba buat ikut resepi kt atas ni mana tau hasilnya okay, nt sy beritahu kemudian...

No comments:

Post a Comment