Monday, February 28, 2011

Ni entry di kala mengantuk

Assalamualaikum...

Ini kisah biasa-biasa sahaja... Hari Jumaat lepas, saya berjaya bangun agak awal dan berjaya membuat cekodok labu kegemaran saya. Labu tu kat umah dah lama. Ada rasanya dalam 2 minggu.

Alkisah dijadikan cerita, disebabkan hasil masakan itu agak banyak, saya pun bahagi dua dengan housemate untuk bawa ke ofis. Dan nak dijadikan cerita, balik kerja je, ofismate called. Bertanyakan akan resepi cekodok labu saya itu. Beri resepi itu tak jadi masalah tapi yang menjadikan masalah adalah, dia bertanyakan akan sukatannya sekali. Itu soalan yang sukar nak dijawab sebab saya main ikut suka hati je letak ramuannya.

Petang Isnin juga, housemate yang balik dari kerja turut menyampaikan perkara yang sama sebab ofismate dia pun nak kan resepi lengkap dengan sukatan. Ermmmm macam mana yer...

Jadi, ni saya sertakan... tapi seyes, sy x pasti juga:

Bahan-Bahan
1) Sebiji labu lebih kurang 600-800 gram
2) Sesudu kecil garam
3) 4-5 sudu besar gula (boleh juga letak gula perang)
4) Tepung gandum lebih kurang 1.5 cawan. Yang ini boleh ditambah jika adunan lembik.

Cara Buat
1) Rebus labu bersama garam sehingga lembut. Toskan dan dilenyek.
2) Masukkan gula.
3) Masukkan tepung
4) Boleh la digoreng

Huhuhuhuhu.....
Maaf ye... sebab sy main agak2 je nie... tak pelah nt sy cuba buat ikut resepi kt atas ni mana tau hasilnya okay, nt sy beritahu kemudian...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh...

Salam maulidur rasul kepada semua.. Marilah memperbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW.


source: Hanis Zalikha blog

Sempena cuti maulidur rasul hari ini, cik laura dan kawan-kawan ambil masa untuk berehat dan main masak2 sama2. Tadi, kami masak sambal udang. Marvelous! Thanks to Farah wahida.

Then main masak2 kuih. Asalnya nak buat kek gula hangus tapi sebab adunan perlu diperap lebih 3 jam, jadi akhirnya kami bersetuju untuk masak kek coklat kukus sahaja. Tada..........



Resepi asalnya dari anak saudara Farah Wahida si Cekgu Paih dan adiknya. Ye! Resepi asalnya milik seorang lelaki. ngeh ngeh ngeh. Thanks a million to Paih yg sekarang berada di Sarawak. But again, as usual, Laura dah alter sikit resepinye.

Here is the recipe:

1.5 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (td sbb koko x cukup, laura tambah serbuk milo. sukatannya 1/2 cawan milo + 1/2 cawan serbuk koko)
1 cawan gula pasir (laura guna 1/4 cawan gula pasir + 3/4 cawan gula perang)
1 cawan susu pekat
1 cawan air suam (laura guna air panas)
1 cawan minyak kelapa (boleh juga letak butter cair)
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buat:
1) Ayak tepung gandum + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat
2) Dalam bekas lain, masukkan gula, susu, air suam, minyak kelapa. Gaul sekata.
3) Dalam bekas yang lagi satu, kacau telur dan esen vanila dan masukkan ke dalam bekas bancuhan gula td.
4) kemudian, masukkan pula campuran tepung ke dalam bekas bancuhan gula td juga.
5) Masukkan dalam loyang dan kukus selama sejam.

Sunday, February 6, 2011

Cuti CNY 2011

Assalamualaikum to all readers. May only the precious will exist in your lives later...

Alhamdulillah, cuti CNY baru sahaja berlalu...

Laura balik after working hour on Wednesday and safely arrived at kampung around 3 hours after that. Alhamdulillah. Perjalanan yang lancar.

Ahah! Bila dah balik umah pastilah ada agenda masak2 yang sudah dirancang...Laura berhajat nak masak macam-macam tapi yang sempat cumalah 2 masakan sahaja.

1) My english style Choc Pudding
Here is the pic:

Cantik dan tentulah menyelerakan

2) My 1st time ever Marble Cake
Inilah rupanyer...





Dan resepinya, sekali lagi amik kat my-new-addicted web, Myresipi.com tp laura alter..

2 cawan butter (tp laura guna marjerin Felda je)
1 cawan gula halus (Laura guna gula cap Perai je)
2 biji telur
2 cawan tepung self rising
Pewarna ikut suka hati tp Laura bubuh dua color je: oren n hijau
Laura tambah: 1 sudu kecil esen oren (so kek ada rasa oren)

Cara Buat:
1) Putar marjerin ngan gula sampai kembang
2) Masukkan telur dan pukul lagi.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit
4) Masukan esen oren. Kalo nk lebih rasa tambah 1 sudu kecil lagi.
5) Bahagikan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna yang berlainan dalam bekas
berlainan.
6) Didalam loyang masukan sesudu adunan warna oren dan kemudian sesudu adunan warna oren
sampai habis.
7) Bakar sampai masak... x lama around 40 minit jer...


Ngeh ngeh ngeh...

Oh ya, my kakak yg dikatakan tak jadi balik, tiba2 muncul depan umah petang khamis. Yeah, i likeeeeeee sbb semua ahli keluarga ada kat umah....

hehehe...

Ptg Jumaat plak g kenduri cukur jambul kat umah Pak Ngah Lie.. Best jugak sbb jumpe sedara-mara...

Sabtu dah balik kontan (kuantan) n Ahad Laura exam... ermmmm susahnyer soklan............


Apapun, doakan yang terbaik ye buat kita semua

Laura Azura Zainal