Monday, January 30, 2012

My version of Batik Cake

Assalamualaikum.

Balik kg baru - baru ni kakakku mengidam nak makan kek batik. Oh ya, baru ku terpikir sudah lama tidak ku membuatnya..

Seriously, ku belajar buat kek ni waktu semester 5 diploma kat hostel. Waktu bulan puasa, ada kawan seludup bawa periuk nasi balik hostel. Dan ku belajar sama kawan rumahku (dulu duduk apartment hostel) memasaknya. Raya tahun itu ku praktis memasaknya sendiri. Not in rice cooker as previously we did. Ku goreng atas kuali sahaja itu kek.

This is my recipe (in which I alter lil bit from the original ones)

Bahan - bahannya:

Sepaket biskut marie original flavour (I suggest Munchy's)
3/4 tin Susu pekat
2 telur ayam besar di kocak bersama 1 sudu besar vanilla essence
Seketul Butter (I suggest Buttercup)
1/2 cwn serbuk koko + 1/2 cwn milo

Cara - caranya:
1. Dalam kuali cairkan butter.
2. Masukkan susu. kacau biar sebati.
3. Masukkan bancuhan telur. Kacau rata - ratasampai mengelegak sikit
4. Masukkan koko n milo, kacau rata cepat - cepat
5. Masukkan biskut yang telah dipatahkan dan kacau rata cepat - cepat. Agak - agak dah ketat, masukkan dalam bekas. Tekan - tekan biar mampat.
6. Within 15 minutes, dah boleh di potong...

Marvelous sangat...

Rupanya ala - ala macam ni. Ku lupa nak snap gambar hari tu.. Ni dr carian di google.




Wednesday, June 8, 2011

Bila tension-tension mula la nak makan sedap-sedap

(Entry lama, yg ku edit ari nie...hahahaha)
Assalamualaikum...

Ni entry dikala mengantuk membaca buku Law ye kawan-kawan. Hmm...

Bila tension-tension, mulalah nak makan sedap-sedap ini adalah kenyataan yang tak dapat saya elakkan sejak dahulu lagi. Dan paling tepat adalah ketika kerja berlambak ataupun tengah study tension-tension.

But then, dirumah baru, saya macam segan je nak masak-masak. Sebab housemates mmg macam terer masak semua. Entah kenapa terasa diri kerdil lah pulak. Huhuhuhu.

Nak makan benda manis. Paling-paling kurang pun nak makan agar-agar sirap. Hmm sedap nyer...


Yang ni tak susah sangat nak buat. Beli agar-agar, didihkan, masukkan gula dan masukkan pewarna. Ari tu, housemate buatkan agar2 nie. Kitorg ltk pewarna hijau... Best weh...

Tapi kalau boleh dapat agar2 puding lapis pun sedap juga. Paling-paling kurang pun kalau dapat puding karamel pun sedap...


Huhuhu...

Kalau dapat makan kek buatan sendiri pun sedap. Nak makan kek butter marble time panas-panas pun best jugak. Pastu cicah ngan air kopi O suam-suam. Wah best dowh... Ni versi yang saya pernah buat. (salahkan gambar tak jelas yer)..

Tapi tak dapat marble cake pun tak apa kalau dapat makan kek coklat bersalut ganache... Marvelous kan? Macam ni...

Huhuhu... Tak dapat buat, beli kat kedai resepi rahsia pun tak apa kan? Jom kawan-kawan pergi Kedai resipi rahsia. Kalau pergi sini mesti nak makan kek chocolate chips walnut. Huhu... best2.

Tapi kan, rasanya dalam wishlist diatas, yang sempat dibuat adalah agar2 sirap je kot. sebab itu yang paling mudah.

Ha, nak jugak makan puding roti. Kukus pun okay. Dulu pernah buat macam ni

Ni versi bakar. Yummy kan?

Huhuhuhuhu..... bestnyer mkn2... Nt CT nak buat potluck. I likeeeeeeeeeeeeeeeee.... My menu is Bread Pudding.. Tp mungkin akan bwk cekodok labu sekali.... yeah!!!!

Tuesday, May 24, 2011

My 1st time ever Red Velvet Cake

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Bila baca blog masakan yg sy follow, sana-sini asyik bercakap tentang RED VELVET CAKE. Hatiku pun membuak-buak nak mencuba. Siap kumpul resipi dari beberapa sumber. Hajat dihati nak mencuba pada weekend baru-baru ni tetapi pagi hari Wesak baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian kerahmatullah ibu mertua kakak yang juga ibu saudara jauh sebelah arwah abah. Innalillah. Jadi tidur saya pagi itu terganggu dek panggilan telefon dari angah dan emak. Sudahnya kelas tambahan Business Mathematics yang dijadualkan jam sepuluh pagi saya batalkan dan terus bergerak balik rumah di Jerantut. Sampai sahaja jam 11 pagi terus sahaja ke Kuala Lipis untuk menziarahi. Petang itu dalam perjalanan balik, kami singgah di Bandar Jerantut dan terus beli barang. Nak tak nak saya nak jugak bake RV. Akhirnya inilah rupanya!



Personally, I think I need to modify the recipe. Mak kata topping manis sangat and I agreed.

Huhhuhuhu. back then, Al-Fatihah buat Mak Mertua kakak.

Sunday, April 3, 2011

Bila diri rasa tak bermaya, i bake a choc cake!

Assalamualaikum...

May Allah bless you always, frens.

Bila diri rasa tak bermaya, saya buat kek lagi. Hmm, gayanya asyik makan aja cik Laura ni kan? Whatever!

As I wrote earlier in my associate blog, this year is a of recovery, to get rid from all demotivated issues, the unsatisfactory feeling towards that person. And a year to find me myself better and a year to be a new Laura!

So, in order to achieve this goal, I'll double my efforts. So, inilah jadinya bila rasa tension dgn tugas. I need inspiration.

And cooking always be my relief fren. Today, few hours ago, I manage to bake a choc cake... Hias pun simple2 ajer. Nk buat makan2 jer... Luckily, the taste boleh tahan sbb Laura cuba a new recipe n Laura edit recipe tu sikit. Hmmm

Sila layan yer...........

Monday, February 28, 2011

Ni entry di kala mengantuk

Assalamualaikum...

Ini kisah biasa-biasa sahaja... Hari Jumaat lepas, saya berjaya bangun agak awal dan berjaya membuat cekodok labu kegemaran saya. Labu tu kat umah dah lama. Ada rasanya dalam 2 minggu.

Alkisah dijadikan cerita, disebabkan hasil masakan itu agak banyak, saya pun bahagi dua dengan housemate untuk bawa ke ofis. Dan nak dijadikan cerita, balik kerja je, ofismate called. Bertanyakan akan resepi cekodok labu saya itu. Beri resepi itu tak jadi masalah tapi yang menjadikan masalah adalah, dia bertanyakan akan sukatannya sekali. Itu soalan yang sukar nak dijawab sebab saya main ikut suka hati je letak ramuannya.

Petang Isnin juga, housemate yang balik dari kerja turut menyampaikan perkara yang sama sebab ofismate dia pun nak kan resepi lengkap dengan sukatan. Ermmmm macam mana yer...

Jadi, ni saya sertakan... tapi seyes, sy x pasti juga:

Bahan-Bahan
1) Sebiji labu lebih kurang 600-800 gram
2) Sesudu kecil garam
3) 4-5 sudu besar gula (boleh juga letak gula perang)
4) Tepung gandum lebih kurang 1.5 cawan. Yang ini boleh ditambah jika adunan lembik.

Cara Buat
1) Rebus labu bersama garam sehingga lembut. Toskan dan dilenyek.
2) Masukkan gula.
3) Masukkan tepung
4) Boleh la digoreng

Huhuhuhuhu.....
Maaf ye... sebab sy main agak2 je nie... tak pelah nt sy cuba buat ikut resepi kt atas ni mana tau hasilnya okay, nt sy beritahu kemudian...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh...

Salam maulidur rasul kepada semua.. Marilah memperbanyakkan selawat keatas Nabi Muhammad SAW.


source: Hanis Zalikha blog

Sempena cuti maulidur rasul hari ini, cik laura dan kawan-kawan ambil masa untuk berehat dan main masak2 sama2. Tadi, kami masak sambal udang. Marvelous! Thanks to Farah wahida.

Then main masak2 kuih. Asalnya nak buat kek gula hangus tapi sebab adunan perlu diperap lebih 3 jam, jadi akhirnya kami bersetuju untuk masak kek coklat kukus sahaja. Tada..........



Resepi asalnya dari anak saudara Farah Wahida si Cekgu Paih dan adiknya. Ye! Resepi asalnya milik seorang lelaki. ngeh ngeh ngeh. Thanks a million to Paih yg sekarang berada di Sarawak. But again, as usual, Laura dah alter sikit resepinye.

Here is the recipe:

1.5 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (td sbb koko x cukup, laura tambah serbuk milo. sukatannya 1/2 cawan milo + 1/2 cawan serbuk koko)
1 cawan gula pasir (laura guna 1/4 cawan gula pasir + 3/4 cawan gula perang)
1 cawan susu pekat
1 cawan air suam (laura guna air panas)
1 cawan minyak kelapa (boleh juga letak butter cair)
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara buat:
1) Ayak tepung gandum + serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat
2) Dalam bekas lain, masukkan gula, susu, air suam, minyak kelapa. Gaul sekata.
3) Dalam bekas yang lagi satu, kacau telur dan esen vanila dan masukkan ke dalam bekas bancuhan gula td.
4) kemudian, masukkan pula campuran tepung ke dalam bekas bancuhan gula td juga.
5) Masukkan dalam loyang dan kukus selama sejam.

Sunday, February 6, 2011

Cuti CNY 2011

Assalamualaikum to all readers. May only the precious will exist in your lives later...

Alhamdulillah, cuti CNY baru sahaja berlalu...

Laura balik after working hour on Wednesday and safely arrived at kampung around 3 hours after that. Alhamdulillah. Perjalanan yang lancar.

Ahah! Bila dah balik umah pastilah ada agenda masak2 yang sudah dirancang...Laura berhajat nak masak macam-macam tapi yang sempat cumalah 2 masakan sahaja.

1) My english style Choc Pudding
Here is the pic:

Cantik dan tentulah menyelerakan

2) My 1st time ever Marble Cake
Inilah rupanyer...





Dan resepinya, sekali lagi amik kat my-new-addicted web, Myresipi.com tp laura alter..

2 cawan butter (tp laura guna marjerin Felda je)
1 cawan gula halus (Laura guna gula cap Perai je)
2 biji telur
2 cawan tepung self rising
Pewarna ikut suka hati tp Laura bubuh dua color je: oren n hijau
Laura tambah: 1 sudu kecil esen oren (so kek ada rasa oren)

Cara Buat:
1) Putar marjerin ngan gula sampai kembang
2) Masukkan telur dan pukul lagi.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit
4) Masukan esen oren. Kalo nk lebih rasa tambah 1 sudu kecil lagi.
5) Bahagikan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna yang berlainan dalam bekas
berlainan.
6) Didalam loyang masukan sesudu adunan warna oren dan kemudian sesudu adunan warna oren
sampai habis.
7) Bakar sampai masak... x lama around 40 minit jer...


Ngeh ngeh ngeh...

Oh ya, my kakak yg dikatakan tak jadi balik, tiba2 muncul depan umah petang khamis. Yeah, i likeeeeeee sbb semua ahli keluarga ada kat umah....

hehehe...

Ptg Jumaat plak g kenduri cukur jambul kat umah Pak Ngah Lie.. Best jugak sbb jumpe sedara-mara...

Sabtu dah balik kontan (kuantan) n Ahad Laura exam... ermmmm susahnyer soklan............


Apapun, doakan yang terbaik ye buat kita semua

Laura Azura Zainal