Tuesday, September 18, 2012

Memenuhi permintaan tersayang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia to all. Alhamdulillah. Recently went home for Malaysia Day short holiday.

My sister and I reach hometown nearly 3 pm on Saturday. I was driving alone from Kuantan to Raub prior to that. Then, from Raub we started our journey to our lovely hometown.


Few days before our arriving, my nieces and nephews did made some calls, requesting something they wanted to have during this short holiday.


So the 1st request was to have Nasi Goreng Pattaya by my eldest nephew. He is going to sit for PMR this coming October. So, our dinner that night was no others but the requested menu. No pics sebab semua mkn dgn cepat.


On Sunday, I baked an orange cake, requested by one of my niece. Before that we went to nearby town to buy some necessities and I ended buying lots of fruits and vegetables. So cheap I guest. I bought 10 pieces of orange for about RM 3.50 (the original price was RM 4.29 for 20 pieces but if you buy less than 20 pieces, you r charged RM 0.35 per piece). I also bought 4 pieces of pomegranate (1 pc = RM 2.90)  which are also so cheap as the normal price was RM 5.90 per pc. I bought some green apples, sweet cabbages, Mak Tam Vege and many more.


Mak Tam, priced RM 3.50 per kg, is my new fav salad I;d bought actually to bring back to Kuantan but I forget to store them in my luggage. Adoyai, nyesal la. Here is a pic of Mak Tam or some called it Yau Mak Choy that I googled.




I bought this for more than two kilos. They are sweet and crunchy. 


Here is the pic of some slices of my orange cake. I used Mat Gebu recipe to bake this orange cake but I double the batter.



Mat Gebu's Orange Cake Recipe


130 gram mentega (I guna seketul butter 250gm)
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour) (I used 1.5 cups of SRF)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar ( I used 3/4 cup of fine sugar + 2 extra tablespoons)  
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning (I used 3 gred C eggs)
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus (I used two small oranges)

Some small pieces of roasted almond and choc chips.
1 teaspoon of baking powder (mixed well with the SRF)
1 teaspoon of vanilla essence 


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati. (added the vanilla essence to the batter)
  3. ada kelajuan sederhana, masukkan tepung (yang dah digaul rata dgn baking powder bersama - sama sedikit almonds) berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
  5. Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  6. Tabur almonds dan choc chips atas adunan.


Then on Monday, I made some popia and baked Bread Pudding. Also requested by my nieces. I used Hanieliza Bread Pudding recipe but double the quantity.




PUDING ROTI HANIELIZA

Bahan:

A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam (replaced with some choc chips as the raisins are not in stock)

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula


CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.
 


Popia pula memang selalu dibuat. I just used sliced carrot and sengkuang for the filling. Luckily they still tasted well.


This recent holiday also we had Ikan Talapia bakar (grilled) for all lunches and dinners as mum just bought Die Casting Grilled Pan. And Ikan Talapia memang mudah sangat nak dapat di kampung. Our neighbors are our dealer. We just have to request for the fish 1 day earlier. I guess the price also very cheap. 1 kilo = RM 12. And 1 Kilo = 3 middle size fishes. 


Things are so cheap in hometown. Huhuhu. Bilalah boleh dpt bekerja dkt dgn hometown? Huhuhuhu. For this, Sila bersabar ye wahai cik Laura!



Okay. That's all for this N3. Before that, lihatlah pokok carrot mak yang sudah mula mengeluarkan hasil. Our first home-grown carrot tu. Mum said maybe the harvest would be around early Nov.




I ikut juga along masuk kebun depan umah untuk ambil bunga kantan. Along I pembekal (pembekal la sangat) bunga kantan. Kami ada kebun bunga kantan dan along akan jual pada makcik yg akan jual bunga kantan kt pasar. NI rupa buah pokok kantan. Boleh makan tapi masam yang amat.




Hasil tuaian along hari tu. Banyak lagi di kebun sebenarnya. Yang dah kembang pun banyak. Kalau ada yang duduk area Jerantut, leh la order ngan along I. Along jual murah. RM 1 = 5 pieces huhuhu. (I ltk gmbr dibawah d Fb, my senior kata mcm tulip) 





Okaylah, Udah panjang bebelan di sini. Nanti I update lagi okay.

Wednesday, June 20, 2012

My Tuna Pasta

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Moga semuanya sihat walafiat. Okay, lately saya selalu masak kuah pasta. Ala - ala bolognese sauce. Cuma saya tak guna daging ayam atau daging lembu tetapi saya guna tuna. Sebenarnya resepi ni saya belajar dari seorang kawan. Housemate saya di Taman Selamat dahulu pernah buat Pasta goreng tuna. Selepas kawan tu pindah ke KL, saya minta dia sms kan bahan - bahan dan cara masak pasta goreng tersebut. Tetapi my first trial tu terlebih kuah dan tiba - tiba saya dapat idea untuk buat ala - ala bolognese sauce.

Dan saya kerap buat that sauce kebelakangan ini. Kadang - kadang tak ada pasta saya makan dengan roti. Hari Isnin baru - baru ni saya buat lagi. Here is the pic:


So, bila saya post pic ni kat fb, ada kawan - kawan tanya tentang resepinya. Aduhai, nk ckp pun malu sebab main ikut suka hati saya je campak2 barang yang ada kt rumah. 

Bahan - bahan utk sos:
Flake Tuna chunk in water - di gaul dengan serbuk lada hitam (coarse) dan serbuk oregano
Tiga ulas bawang putih - potong dadu kecil
Sebiji bawang besar - potong dadu kecil
3 biji tomato - potong dadu 
10 ulas cili padi - ditumbuk. Lebih pun tak apa. (saya suka pedas) 
3 - 5 sudu besar sos cili (baru - baru ni kat rumah cuma ada sos cili thai je. Saya masukkan aje)
3 - 5 sudu besar sos tomato
Kicap (mungkin dlm 3 sudu kot)(Biasanya saya ikut suka hati saya je)
Serbuk lada hitam (coarse), Oregano, serbuk pasley.
Boleh juga masukkan carrot (potong dadu kecil) atas sosej dipotong bulat.
Sedikit minyak, garam.

Cara masak:
1. Panaskan minyak sedikit. Tumis segala bawang.
2. Dah layu bawang, masukkan sos cili dan sos tomato. 
3. Masukkan cili padi, carrot, sosej dan potongan tomato. Tambah air. Jumlah air ni banyak pun tak apa.
4. Masukkan kicap. 
5. Bila dah mengelegak, jatuhkan tuna. Mungkin perlu tambah air sedikit sebab biasanya tuna ni akan menyerap sos.
6. Perasakan dengan serbuk lada hitam, oregano, pasley.
7. Masak hingga pekat.

* Walaubagaimanapun, boleh tambah sukatan bahan - bahan. Ikut kesukaan kita. Cili padi boleh ditukat kepada cili kering blender. For sure, kawan - kawan lagi terrorkan dari Cik Laura.

Okay, selamat mencuba!




Monday, May 21, 2012

Teringin nak main masak - masak

Assalamualaikum. Lama tak update kat blog ni. Bukannya apa, saya rasa macam tak ada input. Sebabnya, saya dah lama tak masak. Dah lama tak baking. Dah lama tak masuk dapur. Haiya haiya.

Cuma, saya teringin sangat nak makan simple butter cake. Kat rumah dah tak ada oven. Nak tunggu oven baru, bonus tak masuk lagi. Huhuhuhu. Nak kukus, saya pernah buat tapi tak menjadi sangat. Nak pergi makan kat kedai, macam tak ada traditional taste. Adoyai...

Dan, kalau nak buat, kena balik rumah kat kampung tapi, lambat lagi boleh balik. Dan kalau balik pun macam tak sempat je. Sebab saya plan nak balik 9 -10 Jun atau 16 - 17 Jun. Ikutkan kedua - dua minggu tu saya kena standby untuk kembara pendidikan Negeri Pahang. Entahkan jadi balik atau tidak. Dan kalaupun sempat balik, 9 Jun saya nak pergi Kuala Lipis. Adik angkat saya kahwin. Dan biasanya saya akan stay Raub je. Dan 16 Jun pulak, kenduri kahwin sepupu saya. Jadi, tak tahu pula bagaimana. Dan awal Julai, Sukma pulak. Saya kena jadi liaison officer pulak. Huhuhu. Lepas Sukma, dah puasa. Gayanya saya buat butter cake ni masa raya jelah ye. Aduyai.

I miss my mom. Tiba - tiba keluar entry kat sini pulak. Lari tajuk nie!. Apapun, I teringin juga nak buat tart telur. Hari tu I bawak balik easy cooker kakak. Boleh masak grilled, masak steam, boleh buat kaya ball, boleh jugak buat kek tapi I tak pernah cuba bakar kek guna easy cooker tu. Cuma I pernah buat tart telur guna easy cooker tu. I je panggil dia easy cooker. I tak tahu nama sebenar dia apa. Indoor electric grill kot. Brand I ingat George Foreman. Rupa dia ala2 macam ni. Tapi plate dia boleh tukar2. Kalau nk grill, kita tukar plate grill. I buat tart telur guna griddle plate. Boleh juga guna takoyaki plate kalau nak buat kaya ball.

Mudah je nak guna. Hanya isikan air kat pemanas. Then masak jelah. But of course, kena la switch on plak dulu kan. Hehehe..

Dah lama I nak bawak balik ke Kuantan. Kakak I pulak beli tapi tak pakai. Sudahnya lama jugak la dapur serbaguna ni duduk dalam bilik wan I. Wan = Nenek. Tapi since wan I no longer stayed at our house, her room dah jadi bilik stor. Memang along I letak semua barang yang jarang dipakai kat situ. Sudahnya, nak cari tupperware nak isi bekalan bawa balik Kuantan pun, I kena geladah kotak2 ataupun beg plastic besar dalam bilik wan tu.

Anyway, Insya Allah. I nak masak macam - macam guna that item. Hopefully dengan adanya that item, I akan rajin masak makanan berkhasiat lepas ni. Kuang kuang kuang.

Okay. I nak stop. I nak balik rumah. Nak kemas baju. Petang ni I pergi Cameron Highlands. I ada TOT (Training of Trainer). Dan I kena conduct 1 bahagian dalam TOT itu.

Moga semuanya baik - baik sahaja.

Wish me luck for this big event okay.

See u again.
Me,
Laura Azura Zainal

Sunday, March 18, 2012

Saya mahu pergi kelas masak

Assalamualaikum..

Huhu..

Memandangkan pengajian saya hampir sahaja tamat dalam tiga minggu lagi, saya sangat seronok. Mungkin disebabkan sudah hampir dua tahun saya terbiasa ada kuliah setiap hujung minggu, tentulah nanti keadaan sudah berubah. Jadi saya mahu menghadiri kuliah lain pula.

Saya mahu pergi kelas masak - masak. Dah usha juga beberapa sifu masak - masak ni. Nak masak apa ye? Tentulah kelas buat kek atau cookies! Mana tahu boleh buat side income kan? Huhu, tak semanggah berangan!

Saya dan kawan - kawan ada buat survey few classes to attend. Tentulah sekitar Kuantan sahaja.

Dan, saya berangan lagi. Jika ada bonus dua bulan yg diwar - warkan selama ini saya mahu beli:





Cooking Oven
Yang kat rumah tu dah lama sangat. Mak selalu kata, saya belum lahir lagi, oven tu dah berjasa. Oh ya, ketika saya buat kek lobak merah baru - baru ni, mak saya kata, bilalah boleh dapat new oven. Saya faham lah tu. hehehe.

Cantik kan warna merah mcm di atas? hehehe. Kat Malaysia ni boleh jumpa warna hitam atau putih ajalah kan?


Hmmm...

Okay, mari berdoa agar bonus dua bulan itu menjadi kenyataan... huhuhuhu

Berangan tak habis - habis lagi nih!

Thursday, February 16, 2012

Mengidam nak makan...

Assalamualaikum pembaca - pembaca. Moga hanya yang baik - baik sahaja akan berlaku dalam hidup kita semua.

Tiap kali rasa sibuk tak kiralah di pejabat atau sedang menyiapkan tugasan belajar, lebih - lebih lagi jika due date nya hampir tiba, Cik Laura selalu mengidam nak makan macam - macam.

Begitulah keadaannya sekarang. Walaupun Cik Laura tahu assignment tak buat lagi, walaupun cik Laura sedar esok ada kuliah dan cik Laura belum baca lagi case study yang diberi, Walaupun Cik Laura sedar petang nanti ada training OBE tapi Cik Laura tak buat persediaan lagi tetapi Cik Laura mengidam nak makan macam - macam pula.

Kenapa ye Cik Laura tak buat persediaan itu? Kenapa ye Cik Laura nak menunggu minit - minit terakhir? Entah!

Kali ini, waktu ini Cik Laura mengidam nak makan:

1. Roti kaya
Cik Laura teringin nak makan homemade roti kaya. Dah lama sangat tak makan. Kali terakhir rasanya makan di Planet Curry. macam ni:



2: Karipap Sayur sira pedas
Mungkin ada orang yang tak pernah makan. Rupanya sama sahaja dengan popia atau donut bersira pedas tetapi bentuknya adalah karipap. Isinya pula adalah isi sayur. Susah nak dapat. Kat Kuantan ni lagilah. Kalau di Kuala Lipis atau Raub mungkin tiada masalah untuk mendapatkannya. Alahai...

3. Apam pisang
Huhu, hari itu berjaya membuat apam pisang tetapi rasa tak puas. Rasa macam nak makan je lagi.. Huhuhu.

4. Ikan talapia kukus cara kakak.
Ikan talapia dibersihkan, dicuci dengan tepung, di toskan, di letakkan dlm loyang pengukus, disapukan dengan garam dan boleh juga disapukan dengan sos tiram sedikit. Lalu kukuskan.

Dalam bekas yang lain, selabu bawang putih kecil (muda) di rebus. Siap direbus, di bukakan dan ditanggalkan kulitnya satu - satu.

Dalam kuali pula, masukkan air, letakkan hirisan bawang besar, hirisan serai, hirisan batang celery, hirisan halia muda, masukkan kiub ikan bilis. biarkan hingga menggelegak. Kemudian masukkan asam boi, masukkan limau tanggarin kecil yang dibelah dua, masukkan bawang putih yang telah ditanggalkan kulitnya, kacau rata. bila sudah sebati, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung atau tepung gandum (untuk memekatkan). Kemudian masukkan hirisan cili padi, sedikit serbuk pati ayam.

Ikan yang sudah siap dikukus, dimasukkan dalam kuali. Jangan gaul berlebihan kerana daging ikan adalah lembut. Kemudian, tutup api dan bolehlah dicedok dalam bekas.

Hari tu balik Raub kakak ada buat. Sedap sangat. Kat Kuantan ni, kat mana nak cari Ikan Talapia yang segar2. Kalau di kampung memang selalu ada. Saya rasa, saya mampu memasaknya sendiri.

5. Masak lemak Ikan kembung @ selayang @ pelaling dengan belimbing buluh.
Tak kisahlah ikan apa. Talapia pun sedap juga. Gaya memasaknya sama sahaja dengan gulai lemak biasa tetapi gantikan asamnya dengan belimbing rebus yang tua. Dibelah boleh, taknak belah pun boleh. Kiranya, gulai lemak itu nanti ada rasa masak - masak. Sedap weh!! Tetapi rumah dikampung di Sungai Retang, dah lama tak ada pokoknya. Biasanya kami akan mintak atau beli dengan jiran. Sekali menggulai, diperlukan dalam lima - lapan biji buah belimbing buluh. Heaven kan?



Okay, Cik Laura nak stop kejap. Terasa bos memandang daku...

Baiklah kita tutup tentang mengidam makanan, kita stop dan mari buat CRR dan PRR mengikut kaedah OBE.. Chaiyok2 Cik Laura!

Monday, February 6, 2012

Updates

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua. Semoga kita semua dalam lindungan kasih sayang Allah.

Huhuhu... rasanya agak lama tak update blog ini kan? Hanya update blog lagi satu je. Anyway, sekarang ni memang malas tahap gaban nak memasak. Tapi mungkin lepas ni kena masak jugak sebab banyak sangat pantang larang selepas beberapa sessi berjumpa doktor baru - baru ni.

Mood masak kuih/ kek juga merundum jer. Apapun saya sempat masak apam pisang yang ternyata sungguh gebu baru - baru ini. Resepi nya adalah:

2 cawan tepung gandum di ayak bersama 1 sudu teh baking powder
12 - 14 biji pisang emas (saiz kecil2) atau 8 - 10 biji pisang berangan sederhana besar dilenyek dan dikacau bersama 1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur saiz A dikacau sedikit dengan 1 sudu esen vanilla
3/4 cawan gula (dikurangkan okay)
3/4 cawan minyak canola (baru - baru ni saya guna 1/4 minyak jagung + 2/4 minyak olive dek kerana stok tiada)
sedikit esen pisang


Cara buat:
1. Pukul telur, minyak n gula hingga pekat dan berkrim (ku guna tangan katang shj disebabkan tak jumpa plak electric whisker. tp seyes kena bersungguh dan lama sikit)
2. Masukkan tepung berselang seli dengan pisang dalam adunan telur. Kacau rata.
3. Masukkan esen pisang
4. Sapu loyang dengan butter (ku guna cooking grease)
5. Kukuskan selama 50 minit.

Gambar nt ku upload ye...


Main masak - masak ni seronok. Sekarang nak kumpul peralatan yang sesuai mcm kat bawah ni. Kira ni antara wishlists ku la:

1. Dry measuring cup

Yang ni Saya ada dua jenis. Satu ditinggalkan di rumah di kampung dan satu lagi ada di rumah sini. Saya mengidam yang stainless macam ni:


Yang dirumah macam ni:


Dan dah ada measuring spoon like this kat rumah:


Kenapa hendak measuring cup yang stainless?
- tengok kat tv rancangan masak - masak omputih selalu guna. Macam best je dengan tangkai yang panjang itu..

2. Kitchen scale
Nak yang digital sebab kat rumah tu yang style lama. Rasa nak juling mata mengukur sukatan.. Lawa kan macam ni:



3. Stand Mixer (Kitchen Aid)
Kat rumah di kampung dan di bandar ni ada hand mixer yang dah lama berjasa. Teringinnyer nak stand mixer begini:

Cantikkan dengan warna merah terang ini...


4. Ice cream scooper
Yang ni pun dah lama mencari. Nak yang kecil dan bulat seperti gambar di bawah. Tujuan utama adalah ketika penghasilan choc chip cookies..


Aduhai inilah peralatan memasak yang kuinginkan.. Selain angin mengidam Samsung Galaxy Note..

Monday, January 30, 2012

My version of Batik Cake

Assalamualaikum.

Balik kg baru - baru ni kakakku mengidam nak makan kek batik. Oh ya, baru ku terpikir sudah lama tidak ku membuatnya..

Seriously, ku belajar buat kek ni waktu semester 5 diploma kat hostel. Waktu bulan puasa, ada kawan seludup bawa periuk nasi balik hostel. Dan ku belajar sama kawan rumahku (dulu duduk apartment hostel) memasaknya. Raya tahun itu ku praktis memasaknya sendiri. Not in rice cooker as previously we did. Ku goreng atas kuali sahaja itu kek.

This is my recipe (in which I alter lil bit from the original ones)

Bahan - bahannya:

Sepaket biskut marie original flavour (I suggest Munchy's)
3/4 tin Susu pekat
2 telur ayam besar di kocak bersama 1 sudu besar vanilla essence
Seketul Butter (I suggest Buttercup)
1/2 cwn serbuk koko + 1/2 cwn milo

Cara - caranya:
1. Dalam kuali cairkan butter.
2. Masukkan susu. kacau biar sebati.
3. Masukkan bancuhan telur. Kacau rata - ratasampai mengelegak sikit
4. Masukkan koko n milo, kacau rata cepat - cepat
5. Masukkan biskut yang telah dipatahkan dan kacau rata cepat - cepat. Agak - agak dah ketat, masukkan dalam bekas. Tekan - tekan biar mampat.
6. Within 15 minutes, dah boleh di potong...

Marvelous sangat...

Rupanya ala - ala macam ni. Ku lupa nak snap gambar hari tu.. Ni dr carian di google.