Tuesday, May 24, 2011

My 1st time ever Red Velvet Cake

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Bila baca blog masakan yg sy follow, sana-sini asyik bercakap tentang RED VELVET CAKE. Hatiku pun membuak-buak nak mencuba. Siap kumpul resipi dari beberapa sumber. Hajat dihati nak mencuba pada weekend baru-baru ni tetapi pagi hari Wesak baru-baru ini dikejutkan dengan pemergian kerahmatullah ibu mertua kakak yang juga ibu saudara jauh sebelah arwah abah. Innalillah. Jadi tidur saya pagi itu terganggu dek panggilan telefon dari angah dan emak. Sudahnya kelas tambahan Business Mathematics yang dijadualkan jam sepuluh pagi saya batalkan dan terus bergerak balik rumah di Jerantut. Sampai sahaja jam 11 pagi terus sahaja ke Kuala Lipis untuk menziarahi. Petang itu dalam perjalanan balik, kami singgah di Bandar Jerantut dan terus beli barang. Nak tak nak saya nak jugak bake RV. Akhirnya inilah rupanya!



Personally, I think I need to modify the recipe. Mak kata topping manis sangat and I agreed.

Huhhuhuhu. back then, Al-Fatihah buat Mak Mertua kakak.

No comments:

Post a Comment