Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia... Alhamdulillah, syukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas dengan tenang lagi aman di bumi Malaysia yang dicintai...
Selamat Tahun Baru pada semua. Alhamdulillah sepanjang tahun 2010, banyak perkara dan peristiwa telah berlaku dan semuanya bukan mudah dan diuruskan. Namun, segalanya sudah berlalu dan pastinya mendewasakan diri.
Iya, penghujung tahun yang boleh dikatakan sungguh meriah. Paling memberi kesan adalah apabila ibu saya selamat pulang dari mengerjakan ibadah haji di tanah suci. Syukur, malah kesihatan emak juga sudah beransur sehat...
Akhirnya Malaysia berjaya merangkul kejuaraan Piala Suzuki AFF 2010.
Source: mstar online.
Saya sebenarnya suka juga dengan bola sepak. Bermain langsung tak pandai tapi bab menyokong, menjerit sampai takde suara pun pernah. Itulah. Bercerita tentang ini, dahulu ketika kecil, kami lawan menjerit menyokong pasukan dengan jiran sebelah rumah. Lebih dasyat kalau pasukan yang disokong tak sama dengan pasukan yang disokong jiran sebelah rumah. My mum pun dah tak boleh kata apa bila anak-anak join arwah abah tengok bola, jerit2 segala bagai. Itulah kami. Bila menginjak dewasa, dah jarang nak tengok bola. Entahlah kan. Tapi bila sesekali ada perlawanan penting, tak kira dimana, biasanya saya akan sokong.
Perlawanan akhir pertama, saya tonton dirumah sahaja dengan kawan. Walaupun berdua sahaja dek kerana kawan yang lagi satu terpaksa on-call malam itu. Sungguhlah, terkenang-kenang pulak suasana waktu kecil. Namun, debaran sungguh berbaloi walaupun hampir serak suara menjerit tatkala menonton perlawanan akhir kedua. Dan kesan daripada issues yang melanda membuatkan semangat patriotik saya melonjak tinggi.
Cuti tahun baru saya balik ke rumah. Thanks kepada PM kerana memberi cuti peristiwa. Thanks jugak kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya hinggakan kami semua diberi cuti.
Ini antara peristiwa yang berlaku sepanjang cuti:
1. Sepupu datang mengejut ingin melawat emak. Sudahnya dengan tiba-tiba Along ajak buat kueh yakni belajar buat kueh dengan wifey sepupu yang memang tokey kueh raya. Ahah, akhirnya jadilah buat cookies almond london. Sedap weh!
Rupanya ala2 mcm nie:
Source: D' Ai Kitchen via google image
2. On 1st January, kami sekeluarga pergi berjalan ke rumah Maklong. Tujuan utamanya nak melawat nenek saya. Alhamdulillah nenek masih sehat. Cergas lagi walaupun dah berusia 85 tahun. Tapi sempat jugak la menyinggah di Pasar Panas Jengka... Sempat jugaklah beli baju sehelai dan tudung2.
3. Hari Ahad, hari paling sibuk. Sibuk dengan macam-macam hal. Dengan anak buah yang nak balik asrama, dengan nak memasak segala bagai dan lain-lain. Bila dah jadi macam ni, kami adik beradik terus amik tugas hakiki tatkala sibuk. hehehe...
Along - Chef utama masak lauk & tugas membasuh (yg ni dikira hobi along)
Angah - Chef air (angah buat coconut shake untuk lunch)
Kak Ngah - Chef masak sayur dan pembantu Along)
Me, myself - Chef buat pencuci mulut ( tp buat cookies jer)
Budak perempuan - especially Najihah n Fatimah (both 12 n 10 years' old) amik tugas basuh pinggan mangkuk. Fadhilah pulak, duk tgk tv aja!
Budak lelaki - especially Firdaus (kemas barang nak bawak balik asrama) n Hafiz (jd tukang mengacau kat dapur)but sometimes dorang nie pun ada tugas jugak..cume ari tu je dorang ni mcm x wat keje sikit.
Kalau ada kakak, dia akan jadi tukang masak menu special. Tapi kakak tak dapat balik..
Huhuhuhu...
Cookies yang dibuat adalah Choc Chip Cookies yang telah diubah usai resepinya...
Rupanya ala-ala macam nie la:
Resepi asalnya saya amik di internet tapi maaf dah terlupa dari mana... Here sbg panduan:
1 ketul buttercup (250 g) (kalau resepi asal cuma 1 cawan sahaja)
2 biji telur gred A
1.5 cawan gula kastor
1 sudu besar vanilla essence
2.5 cawan tepung naik sendiri
Kacang gajus dan almond tumbuk (ari tu potong halus) yang dibakar atau digoreng tanpa minyak (sukatan ikut suka hati)
Kismis (sukatan ikut suka hati)(resepi asal x ltk kismis)
coklat chip & coklat rice (sukatan ikut hati jer) resepi asal x letak coklat rice.
*resepi asal ada letak 0.5 cawan serbuk coklat tp saya x letak.
Cara-Cara:
1. Putar buttercup + Gula + Telur + esen Vanila sampai kembang
2. Masukkan Tepung dan putar lagi sampai sebati (nampak mcm creamy jer nt)
3. Masukkan bahan-bahan lain (kacang2 + kismis + coklat chip + coklat rice). Gaul rata.
4. Guna sudu dan scoop ke loyang pembakar. (ari tu guna tudung periuk emak sahaja. Tak payah letak marjerin/butter pd loyang)
4. Bakar dalam oven lebey kurang 10-15 minit.
Senang kan? aceceh. Credit kepada tuan punya resepi asal.
Itulah serba sedikit kehidupan biasa saya...ngeh ngeh ngeh...
Apajua, moga semuanya dalam lindungan kasih sayang Yang Maha Esa hendak-Nya
Me,
Laura Azura
No comments:
Post a Comment