Moga semuanya sihat walafiat. Okay, lately saya selalu masak kuah pasta. Ala - ala bolognese sauce. Cuma saya tak guna daging ayam atau daging lembu tetapi saya guna tuna. Sebenarnya resepi ni saya belajar dari seorang kawan. Housemate saya di Taman Selamat dahulu pernah buat Pasta goreng tuna. Selepas kawan tu pindah ke KL, saya minta dia sms kan bahan - bahan dan cara masak pasta goreng tersebut. Tetapi my first trial tu terlebih kuah dan tiba - tiba saya dapat idea untuk buat ala - ala bolognese sauce.
Dan saya kerap buat that sauce kebelakangan ini. Kadang - kadang tak ada pasta saya makan dengan roti. Hari Isnin baru - baru ni saya buat lagi. Here is the pic:
So, bila saya post pic ni kat fb, ada kawan - kawan tanya tentang resepinya. Aduhai, nk ckp pun malu sebab main ikut suka hati saya je campak2 barang yang ada kt rumah.
Bahan - bahan utk sos:
Flake Tuna chunk in water - di gaul dengan serbuk lada hitam (coarse) dan serbuk oregano
Tiga ulas bawang putih - potong dadu kecil
Sebiji bawang besar - potong dadu kecil
3 biji tomato - potong dadu
10 ulas cili padi - ditumbuk. Lebih pun tak apa. (saya suka pedas)
3 - 5 sudu besar sos cili (baru - baru ni kat rumah cuma ada sos cili thai je. Saya masukkan aje)
3 - 5 sudu besar sos tomato
Kicap (mungkin dlm 3 sudu kot)(Biasanya saya ikut suka hati saya je)
Serbuk lada hitam (coarse), Oregano, serbuk pasley.
Boleh juga masukkan carrot (potong dadu kecil) atas sosej dipotong bulat.
Sedikit minyak, garam.
Cara masak:
1. Panaskan minyak sedikit. Tumis segala bawang.
2. Dah layu bawang, masukkan sos cili dan sos tomato.
3. Masukkan cili padi, carrot, sosej dan potongan tomato. Tambah air. Jumlah air ni banyak pun tak apa.
4. Masukkan kicap.
5. Bila dah mengelegak, jatuhkan tuna. Mungkin perlu tambah air sedikit sebab biasanya tuna ni akan menyerap sos.
6. Perasakan dengan serbuk lada hitam, oregano, pasley.
7. Masak hingga pekat.
* Walaubagaimanapun, boleh tambah sukatan bahan - bahan. Ikut kesukaan kita. Cili padi boleh ditukat kepada cili kering blender. For sure, kawan - kawan lagi terrorkan dari Cik Laura.
Okay, selamat mencuba!