Assalamualaikum. Lama tak update kat blog ni. Bukannya apa, saya rasa macam tak ada input. Sebabnya, saya dah lama tak masak. Dah lama tak baking. Dah lama tak masuk dapur. Haiya haiya.
Cuma, saya teringin sangat nak makan simple butter cake. Kat rumah dah tak ada oven. Nak tunggu oven baru, bonus tak masuk lagi. Huhuhuhu. Nak kukus, saya pernah buat tapi tak menjadi sangat. Nak pergi makan kat kedai, macam tak ada traditional taste. Adoyai...
Dan, kalau nak buat, kena balik rumah kat kampung tapi, lambat lagi boleh balik. Dan kalau balik pun macam tak sempat je. Sebab saya plan nak balik 9 -10 Jun atau 16 - 17 Jun. Ikutkan kedua - dua minggu tu saya kena standby untuk kembara pendidikan Negeri Pahang. Entahkan jadi balik atau tidak. Dan kalaupun sempat balik, 9 Jun saya nak pergi Kuala Lipis. Adik angkat saya kahwin. Dan biasanya saya akan stay Raub je. Dan 16 Jun pulak, kenduri kahwin sepupu saya. Jadi, tak tahu pula bagaimana. Dan awal Julai, Sukma pulak. Saya kena jadi liaison officer pulak. Huhuhu. Lepas Sukma, dah puasa. Gayanya saya buat butter cake ni masa raya jelah ye. Aduyai.
I miss my mom. Tiba - tiba keluar entry kat sini pulak. Lari tajuk nie!. Apapun, I teringin juga nak buat tart telur. Hari tu I bawak balik easy cooker kakak. Boleh masak grilled, masak steam, boleh buat kaya ball, boleh jugak buat kek tapi I tak pernah cuba bakar kek guna easy cooker tu. Cuma I pernah buat tart telur guna easy cooker tu. I je panggil dia easy cooker. I tak tahu nama sebenar dia apa. Indoor electric grill kot. Brand I ingat George Foreman. Rupa dia ala2 macam ni. Tapi plate dia boleh tukar2. Kalau nk grill, kita tukar plate grill. I buat tart telur guna griddle plate. Boleh juga guna takoyaki plate kalau nak buat kaya ball.
Mudah je nak guna. Hanya isikan air kat pemanas. Then masak jelah. But of course, kena la switch on plak dulu kan. Hehehe..
Dah lama I nak bawak balik ke Kuantan. Kakak I pulak beli tapi tak pakai. Sudahnya lama jugak la dapur serbaguna ni duduk dalam bilik wan I. Wan = Nenek. Tapi since wan I no longer stayed at our house, her room dah jadi bilik stor. Memang along I letak semua barang yang jarang dipakai kat situ. Sudahnya, nak cari tupperware nak isi bekalan bawa balik Kuantan pun, I kena geladah kotak2 ataupun beg plastic besar dalam bilik wan tu.
Anyway, Insya Allah. I nak masak macam - macam guna that item. Hopefully dengan adanya that item, I akan rajin masak makanan berkhasiat lepas ni. Kuang kuang kuang.
Okay. I nak stop. I nak balik rumah. Nak kemas baju. Petang ni I pergi Cameron Highlands. I ada TOT (Training of Trainer). Dan I kena conduct 1 bahagian dalam TOT itu.
Moga semuanya baik - baik sahaja.
Wish me luck for this big event okay.
See u again.
Me,
Laura Azura Zainal