Sunday, March 18, 2012

Saya mahu pergi kelas masak

Assalamualaikum..

Huhu..

Memandangkan pengajian saya hampir sahaja tamat dalam tiga minggu lagi, saya sangat seronok. Mungkin disebabkan sudah hampir dua tahun saya terbiasa ada kuliah setiap hujung minggu, tentulah nanti keadaan sudah berubah. Jadi saya mahu menghadiri kuliah lain pula.

Saya mahu pergi kelas masak - masak. Dah usha juga beberapa sifu masak - masak ni. Nak masak apa ye? Tentulah kelas buat kek atau cookies! Mana tahu boleh buat side income kan? Huhu, tak semanggah berangan!

Saya dan kawan - kawan ada buat survey few classes to attend. Tentulah sekitar Kuantan sahaja.

Dan, saya berangan lagi. Jika ada bonus dua bulan yg diwar - warkan selama ini saya mahu beli:





Cooking Oven
Yang kat rumah tu dah lama sangat. Mak selalu kata, saya belum lahir lagi, oven tu dah berjasa. Oh ya, ketika saya buat kek lobak merah baru - baru ni, mak saya kata, bilalah boleh dapat new oven. Saya faham lah tu. hehehe.

Cantik kan warna merah mcm di atas? hehehe. Kat Malaysia ni boleh jumpa warna hitam atau putih ajalah kan?


Hmmm...

Okay, mari berdoa agar bonus dua bulan itu menjadi kenyataan... huhuhuhu

Berangan tak habis - habis lagi nih!